Semua Ketua Setiausaha setiap kementerian serta Ketua Pengarah setiap jabatan dan agensi yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan percutian masing-masing, berkuat kuasa serta-merta.

Arahan itu dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang menyifatkan ia selari dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pembatalan cuti anggota Kabinet sehingga bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.

Menurut beliau, ia bagi membolehkan semua agensi kerajaan menggembleng tenaga dalam memastikan kesiapsiagaaan seluruh jentera kerajaan menghadapi situasi semasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini