Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini memperkenalkan beberapa langkah proaktif bagi meningkatkan prestasi perniagaan mereka.

Ia susulan penularan Covid 19 yang memberi kesan langsung kepada penurunan penggunaan perkhidmatan kereta api pada tahun 2020 dan 2021 yang menunjukkan penurunan ketara sebanyak 80 peratus berbanding 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif  KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, terkini adalah perkhidmatan tren sewa khas Ekspres Koc Basikal (XKB) yang dilancarkan pada 29 Januari lalu.

Menerusi Program Familiarization Trip (FamTrip) bagi laluan Kuala Lumpur – Tanjung Malim, ia menerima sambutan menggalakkan khususnya penggemar aktiviti sukan berbasikal.

Tambahnya lagi perkhidmatan kargo KTMB masih mengekalkan momentum meski terdapat sedikit penurunan terutama pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Selain itu KTMB juga tawarkan pelbagai perkhidmatan koc untuk disewakan antaranya konference koc, salon koc, chillax koc dan event koc mengikut permintaan dengan kolaborasi bersama agensi pelancongan kerajaan dan swasta.

Pada masa yang sama, KTMB turut melanjutkan perkhidmatan tren baharu di sektor Pantai Timur, iaitu Diesel Multiple Unit (DMU) bagi perjalanan dua hala dari Kuala Lipis hingga ke Gemas bermula 21 Februari.

Ini termasuk mengeluarkan Request for Proposal (RFP) untuk sewaan 30 lokomotif dan 1,510 gerabak pada Oktober 2021 lepas yang kini di peringkat penilaian, selari hasrat kerajaan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus pada 2050.

Beliau berkata demikian pada Malam Bersama KTMB: Memperkasakan Standard dan Kualiti Perkhidmatan di ibu negara.           

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini