Keretapi Tanah Melayu KTMB hari ni merealisasikan impian seorang remaja lumpuh separuh badan, Aziana Shaari 17 tahun untuk menaiki keretapi .

Sebuah tren khas disediakan dari Stesen Sungai Petani ke Stesen Butterworth bagi tujuan tersebut.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi KTM Datuk Musa Sheikh Fadzir. Sepanjang perjalanan Aziana berpeluang melihat kampung halamannya iaitu Kampung Bakar Bata Sungai Petani dari dalam tren.

Tren tersebut turut berhenti selama 3 minit bagi membolehkan beliau melihat penduduk kampung yang sedia menunggu dan meraikan beliau di tepi laluan tren.

Selain itu Aziana dibawa ke Jambatan Putar Butterworth menikmati pemandangan laut dan Jambatan Pulau Pinang. Perjalanan selama 30 minit pergi balik itu juga dibantu perkhidmatan Bulan Sabit Merah dan St John Ambulans.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan boleh menghubungi Fatimah Hashim di talian 014-3148891.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini