Keretapi Tanah Melayu Berhad; KTMB yakin jumlah penumpang bagi perkhidmatan tren elektrik; ETS akan meningkat tahun hadapan, berbanding 615,000 dicatatkan setakat tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin menjelaskan, ini berikutan permintaan yang semakin menggalakkan dan pertambahan jumlah tren sejak aktiviti rentas negeri dibenarkan Oktober lalu.

Beliau berharap, faktor tersebut akan melonjakkan semula jumlah penumpang ke paras sebelum pandemik Covid-19, mencecah 3.9 juta penumpang setahun. 

Bagi menggalakkan lebih ramai penumpang menggunakan perkhidmatan ETS, KTMB akan memberikan potongan harga istimewa bagi pembelian tiket pada tarikh tertentu, selain menganjurkan program penumpang bertuah.

Beliau bercakap pada sidang media Majlis Meraikan Penumpang Setia ETS di stesen KL Sentral.

3 penumpang terpilih membawa pulang hadiah komputer riba dan barangan dari Railboutique KTMB berjumlah 10 ribu ringgit secara keseluruhan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini