Sabah akan mempertimbang untuk mengurangkan tempoh kuarantin wajib kepada mana-mana individu dari luar negara yang memasuki pintu masuk antarabangsa negeri itu.

Demikian jelas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun. Ia terpakai kepada warganegara dan bukan warganegara yang tiba ke Sabah dari luar negara.

Jelasnya, bagi individu lengkap vaksinasi dipertimbangkan menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari. Manakala bagi tiada atau tidak lengkap vaksinasi perlu menjalani kuarantin 10 hari.

Pengembara lengkap vaksinasi boleh dipertimbangkan untuk menjalani kuarantin di rumah jika bersesuaian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini