Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dinaik taraf universiti penuh yang dikenali sebagai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS).

Seiiring itu, UnIPSAS boleh menyumbang kepada sasaran 70 peratus enrolmen pendidikan tinggi negara serta menyumbang kepada sasaran 8 peratus kadar enrolmen Sarjana dan Doktor Falsafah pada tahun 2025.
Menteri Besar Pahang yang juga Pro-Canselor UnIPSAS, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima menghadap Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad, di Istana Negara bagi menerima Sijil Pendaftaran KUIPSAS sebagai sebuah Universiti  Penuh.

Buat masa ini, UnIPSAS menawarkan 27 program pengajian pada peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana melibatkan tiga Fakulti iaitu Pengajian Islam, Pengurusan dan Informatik, dan Pengajian Bahasa Dan Asasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini