Kulim Industrial Corridor dijangka bakal menawarkan 150,000 peluang pekerjaan menjelang 2035.
 
Berdasarkan potensi pelaburan yang semakin meningkat, kerajaan negeri Kedah turut mensasarkan 16,000 peluang pekerjaan, tersedia di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) Fasa 4 menjelang tahun 2027.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut menjangkakan puluhan ribu peluang pekerjaan dibeberapa sektor lain di negeri ini.
 
Tahun lalu Kedah telah mencatatkan rekod pencapaian pelaburan RM57.1 bilion bagi tempoh antara bulan Januari hingga September 2021.
 
Nilai tersebut mewakili 32 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang masuk ke Malaysia bagi tempoh yang sama.
 
Pencapaian tersebut adalah sesuatu yang luar biasa ketika seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19.
 
Jelas beliau, antara faktor utama kejayaan tersebut adalah pelaksanaan E-Ten iaitu pemberian permit pembinaan secara ekspres di KHTP.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini