Kumpulan terakhir rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine dijadual berlepas pulang ke tanah air hari ini melalui penerbangan komersial.

Wisma Putra memaklumkan, kumpulan tersebut akan berlepas dari Warsaw selepas berjaya meninggalkan Kiev melalui jalan darat pada petang 25 Februari dan memasuki Poland semalam.

Kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah semalam, memaklumkan konvoi diketuai Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ukraine, Fadhilah Daud.

Sebelum ini, 13 warganegara Malaysia telah meninggalkan Ukraine dalam tempoh 14 hingga 25 Februari atas nasihat Kedutaan Besar Malaysia di Kiev.

Kementerian Luar Negeri (KLN) kesal dengan laporan kurang tepat beberapa media yang menyimpang daripada situasi sebenar berhubung pelaksanaan misi berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini