Bagi mereka yang sering membuat persembahan, tidak kiralah di peringkat profesional atau ketika zaman persekolahan, masalah teknikal adalah sesuatu perkara biasa.

Begitu juga situasi yang dialami sekumpulan penari profesional ini.

Sedang mereka asyik menari dengan iringan muzik zapin, tiba-tiba sahaja muzik tersebut terhenti.

Namun, penari-penari tersebut tetap menyajikan persembahan meski tiada lagu iringan didendangkan.

Warganet yang menonton kagum dengan sikap profesional kumpulan penari terbabit yang tidak gopoh ketika berdepan masalah teknikal.

Video tersebut tular dan mula mendapat perhatian netizen di laman TikTok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini