Kerajaan akan menamatkan kuota majikan yang memotong gaji pekerja asingnya bagi kegunaan kos membawa mereka masuk ke Malaysia.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, majikan yang membawa masuk pekerja asing harus menanggung semua kos kemasukan pekerjanya tanpa mengenakan sebarang kos kepada pekerja.

Dalam pada itu, Datuk Seri Saravanan turut memberitahu pihaknya bersetuju membawa masuk pekerja Bangladesh ke Malaysia untuk beberapa sektor termasuk perladangan, pertanian, pembuatan dan pembangunan.

Ini sekaligus menafikan dakwaan yang tular mengenai terdapat protes oleh agensi pekerjaan Bangladesh ketika menghadiri mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Malaysia-Bangladesh di Dhaka semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini