RM16 bilion yang diperuntuk kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-12 bagi projek tebatan banjir mampu mengurangkan impak ekonomi akibat kerosakan banjir.

Menurut Ketua Penyelidik Universiti Kewangan Islam Global, Prof Madya Dr Baharom Abdul Hamid, pelaburan yang dilaksanakan itu perlu ke arah pengurangan risiko dan daya tahan bencana.

Nilai kerosakan akibat banjir di beberapa negeri dianggar mencecah 20 bilion ringgit, merupakan angka yang besar.

Maka sudah sampai masanya negara mempunyai pelan perancangan jangka panjang untuk mengurangkan impak kerosakan bencana.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini