Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedia membantu usahawan buku yang memerlukan pinjaman sebagai usaha meringankan beban golongan itu. Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata, pengoperasian industri buku memerlukan kos bagi menyediakan kemudahan pengangkutan seperti lori serta alat pencetakan.

Menurutnya, terdapat syarikat pencetakan yang diberikan bantuan peralatan, mesin pencetak dan peralatan periklanan berbentuk geran sehingga RM500,000. Tambah Tan Sri Noh, usahawan-usahawan berkaitan buku dan percetakan boleh memohon bantuan dengan agensi-agensi di bawah kementeriannya.

Sementara itu, usahawan buku yang terkesan dengan bencana banjir boleh memohon pinjaman sehingga RM100,000 tanpa faedah. Beliau berucap pada Majlis Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini