Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan mencatatkan peningkatan sebanyak 8.9 peratus kepada RM210.4 bilion.

Manakala jumlah perbelanjaan meningkat 4.9 peratus kepada RM307.6 bilion sehingga November 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 
memaklumkannya, selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) Ke-3 di ibu negara.

FPC berpandangan, semakan semula defisit bagi tahun 2021 iaitu 6.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan dapat dicapai.

Kementerian Kewangan komited dalam usaha memantau prestasi dan perkembangan tersebut.

Berdasarkan prospek pemulihan ekonomi yang lebih baik serta langkah-langkah Bajet tahun depan, defisit fiskal disasarkan berkurang kepada 6 peratus daripada KDNK.

Inisiatif pembaharuan institusi terutamanya pelaksanaan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA), Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dan Kajian Perbelanjaan Awam (PER) merupakan langkah dasar utama dalam menyokong usaha berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini