Kutipan HASiL bagi tahun 2021 meningkat 17% berbanding tahun sebelumnya kepada lebih RM140 bilion.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, prestasi cemerlang itu merupakan kejayaan yang amat membanggakan kerana hasil kutipan cukai menyumbang hampir separuh daripada jumlah pendapatan negara.

Ucapan disampaikan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-26 di Cyberjaya.

Tambah beliau, dengan sinar pemulihan yang lebih jelas tahun ini, kerajaan menjangkakan kutipan hasil akan kembali kepada paras sebelum pandemik COVID-19.

Bagi menyokong hasrat itu, HASiL perlu merangka pelbagai strategi jangka pendek dan sederhana, di samping mengekalkan prestasi yang baik pada masa hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini