Sebanyak 6,785.3 tan metrik sampah yang terdiri daripada barangan kelengkapan rumah yang rosak akibat banjir di Pahang telah dikutip setakat
ini.
 
Tiga daerah paling banyak kutipan sampah banjir termasuk Kuantan, Temerloh dan Bentong​. 

Menur​​ut Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) Negeri Pahang, Sharudin Hamid, jumlah itu dijangka ​meningkat sehingga melebihi 10 ribu tan metrik setelah semua kerja pembersihan siap.

Bagi mempercepat ​kerja-kerja pembersihan​, 14 tapak transit telah diwujudkan di seluruh Pahang dengan persetujuan Pihak Berkuasa Tempatan PBT.
 
SWCorp ​Pahang ​telah mengarahkan kesemua syarikat konsesi menggerakkan semua aset ​mereka ​dan mengalu-alukan beberapa pihak yang telah menyumbangkan lori bersesuaian untuk membantu kerja-kerja pembersihan di seluruh Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini