Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM150 juta sehingga hujung tahun ini.

Menurut Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir, pihaknya menggerakkan keseluruhan 12 pejabat zakat di setiap daerah untuk membuat kutipan zakat.

Dalam pada itu, MAINS juga memahami situasi kini iaitu pergerakan ekonomi yang agak lembab susulan impak Pandemik COVID-19.

Lebih RM700,000 jumlah zakat diserahkan kepada MAINS daripada lima buah syarikat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini