Kementerian Wilayah Persekutuan mengarahkan kerja baik pulih runtuhan tebing di Bukit Persekutuan Bangsar disiapkan segera. Bagi mengelak kejadian sama berulang, kajian jangka panjang turut diarah dilakukan.

Perkara itu diputuskan Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias selepas melawat lokasi kejadian. Menurutnya, perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, wakil penduduk dan kontraktor dilakukan.

Untuk jangka masa segera, pihak berwajib diarah menyelesaikan masalah itu dalam tempoh dua minggu. Bagi jangka panjang pula, pihak sama diberi dua bulan bagi mengelak kejadian serupa terjadi lagi.

Runtuhan di Lingkungan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan itu berlaku semalam. Insiden melibatkan 40 meter bahu jalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini