Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan membantu mempercepat proses naik taraf Pasar Raja Bot atau Pasar Chow Kit yang hampir 10 tahun tertangguh.

Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pasar yang menjadi tumpuan warga kota itu harus disiapkan segera demi kepentingan peniaga dan pembeli.

Jelas Datuk Seri Shahidan, beliau akan mencari punca mengapa proses naik taraf itu gagal disiapkan meskipun telah diberi tanggungjawab kepada dua kontraktor berlainan.
Datuk Seri Shahidan berkata demikian selepas mengadakan tinjauan keatas tapak projek pasar tersebut.

Beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara itu khamis depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini