Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwujudkan bukan sebagai penyelesaian apabila berdepan isu kewangan.

Pengeluaran kwsp setiap kali bencana juga bukan pendekatan bijak malah menjejaskan dana persaraan pencarum.

Ahli Majlis Kebangsaan Majlis perancangan Kewangan Malaysia (MFPC),  Anuar Shuib berkata, tiga pengeluaran khas yang dibenarkan sebelum ini iaitu menerusi i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra adalah berpandukan alasan ekonomi yang kukuh.

Jelasnya, orang ramai perlu yakin dengan institusi itu dalam mengurus kewangan mereka dan terbukti apabila pulangan 8.75 peratus dicapai pada 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini