Lembaga Pembangunan Langkawi, LADA menyasarkan sehingga 5,000 kemasukan pelancong antarabangsa sepanjang 45 hari berbaki tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, Langkawi mampu menjana sehingga RM24.5 juta menerusi pelbagai produk dan tarikan utamanya.

Melalui Gelembung Pelancongan Antarabangsa, Langkawi mula terima pelancong asing, hari ini. Jelasnya lagi, secara purata, seramai 150 pelancong luar negara dijangka memasuki Langkawi sehari. 60 pemandu pelancong selesai menjalani kursus pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sebagai persediaan pembukaan semula Langkawi kepada pelancong antarabangsa.

Ia menekankan tiga elemen utama merangkumi pengenalan dan pematuhan SOP gelembung pelancongan antarabangsa, pemandu pelancong norma baharu dan Kempen MySafe Langkawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini