20 negara dicadangkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk dimasukkan dalam senarai negara berisiko rendah bagi pelaksanaan gelembung pelancongan antarabangsa di Langkawi bermula 15 November.


Antara negara tersenarai China, Arab Saudi, United Kingdom, Australia, Singapura, Jerman, Jepun dan Taiwan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, perkara tersebut dibincangkan bersama antara LADA, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan KKM serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya secara dalam talian semalam. 

Cadangan tersebut bagaimanapun tertakluk kepada penilaian risiko KKM.
 
LADA menyasarkan kemasukan 50,000 pelancong asing sehingga hujung tahun ini.
 
Setakat semalam, hampir 159,000 pengunjung domestik telah memasuki Langkawi sejak pelaksanaan gelembung pelancongan bermula 16 September.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini