Harta milik bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe kini dilelong bagi membayar hutang sebuah firma kewangan yang tidak didedahkan. Ia melibatkan peralatan dan jentera di salah satu ladang tenusu milik Mugabe di Harare. Mugabe yang menjadi presiden selama 37 tahun memiliki beberapa ladang walaupun undang-undang negara menetapkan seorang individu hanya boleh memiliki satu ladang sahaja.
Mugabe, 95 tahun dan isterinya, Grace dituduh menghalau pemilik tanah bagi menubuhkan estet ladang tenusu, Gushungo Dairy. Bekas presiden itu disingkirkan pada 2017 menerusi rampasan kuasa tentera dan kini berada di Singapura bagi menjalani rawatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini