Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap parti politik seperti  ditularkan.

Menerusi Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah kenyataan itu adalah palsu yang terus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Sebelum ini, Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor, Royal Press Office sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu tersebut.

Sultan Ibrahim bertitah, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda atau Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor.

Poster itu yang tular sejak semalam, antara lain memaparkan gambar Sultan Ibrahim serta nama baginda yang mengaitkan titah baginda terhadap sebuah parti politik di negara ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini