Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir teruja apabila lagu ciptaannya, X Missing You diadaptasi dalam versi Mandarin nyanyian artis terkenal China dan Hong Kong, G.E.M yang diberi judul I’ll Be Missing You.

Menurut Faizal yang menghasilkan lagu itu bersama Ja’a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii, mereka tidak pernah menjangkakan karya tersebut diadaptasi dan dinyanyikan bintang antarabangsa.

Berkongsi mengenai keunikan lagu X Missing U sehingga berjaya dibawa ke pasaran antarabangsa, Faizal berkata ia terletak pada gabungan empat vokal dan karakter yang berbeza dalam mempersembahkan lagu ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini