Lahore kini berada di kedudukan teratas bandar paling tercemar di dunia selepas mencatat indeks kualiti udara terburuk pada hari ini.

Berdasarkan ukuran bacaan yang dilakukan oleh IQ-Air mendapati kualiti udara di bandar Lahore kini mencecah 348 sekali gus berada di tahap bahaya.

Penduduk tempatan turut mengakui keadaan semasa itu menyebabkan kesihatan mereka semakin terjejas.

Isu pencemaran udara di Pakistan telah berlaku sejak beberapa tahun lalu akibat asap diesel selain asap kilang-kilang industri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini