Keadaan kini dilaporkan semakin teruk dengan bandar Lahore kekal di kedudukan ranking teratas kualiti udara tercemar paling buruk di dunia.

Menurut aktivis alam sekitar Pakistan, Rafay Alam, seandainya keadaan tersebut berlarutan, dikhuatiri lebih ramai penduduk setempat akan berdepan masalah kesihatan.

Ketika ini aktiviti di bandar Lahore masih berjalan seperti biasa malah orang ramai dan kanak-kanak juga masih ke sekolah biarpun berdepan kualiti udara yang teruk.

Pada semalam, ukuran bacaan yang dilakukan oleh IQ-Air mendapati kualiti udara di bandar Lahore kini mencecah 348 sekali gus berada di tahap bahaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini