Laluan di jambatan tiang sambut FT086 berhampiran Jeram Toi, dekat Jelebu masih selamat dilalui oleh semua kenderaan.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Ir Wan Hasnan Wan Musa.

Beliau berkata, pihaknya telah ke lokasi kejadian dan menjalankan pemeriksaan di kawasan tersebut.

Pemeriksaan mendapati tiada pergerakan atau keretakan ke atas tiang sambut jambatan berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini