Laluan dari Gombak ke Karak dibuka kembali kepada semua kenderaan mulai 8 pagi tadi. Bagaimanapun beberapa lencongan perlu dilakukan pengguna di lokasi ditetapkan.

Pengurus Besar Kanan Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi memaklumkan, pengguna yang menuju ke pekan Karak dan mereka yang mahu susur keluar ke Temerloh, perlu membuat pusingan ‘U’ sebelum Plaza Tol Karak.
 
Setakat ini, Jalan Chenor ke Karak masih tidak boleh dilalui oleh kenderaan berikutan ada kawasan yang ditenggelami air. Sementara itu, bagi jalan Bentong ke Gua Musang, melalui Benta berdekatan Kolej Vokasional Kuala Lipis, berlaku runtuhan tebing setinggi tujuh meter dan panjang 60 meter.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya Pahang berkata, laluan hanya dibuka untuk satu lorong sahaja kepada semua kenderaan. Ujarnya, pengguna dari Bentong ke Gua Musang atau sebaliknya boleh menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Berchang – Sungai Koyan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini