Laluan di jalan utama Pos Beswok, Sungai Siput yang mengalami kejadian tanah runtuh semalam, ditutup sementara.

EXCO Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, untuk tindakan jangka masa pendek pembinaan jalan sementara untuk menghubungkan jalan yang terputus akan dilakukan hari ini.

Kenyataannya berkata jangkaan untuk menyiapkan jalan sementara itu akan memakan masa satu hingga dua hari.

Menerusi tindakan jangka panjang, Jabatan Kerja Raya akan melakukan pembinaan semula cerun berdasarkan pemeriksaan forensik akibat kegagalan cerun tersebut. Runtuhan tanah itu membabitkan kedalaman cerun antara 10 hingga 15 meter dengan kawasan jalan yang runtuh sepanjang 60 meter.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini