Laluan utama Tanah Tinggi Lojing menuju Cameron Highlands, Pahang masih selamat untuk digunakan. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, agensi berkaitan giat membuat rondaan dan memantau kawasan cerun batu yang berisiko mengalami kejadian tanah runtuh.

Januari tahun lalu, laluan di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing telah mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh. Ia telah dibaik pulih oleh Jabatan Kerja Raya dan dibuka kepada semua kenderaan untuk ke Cameron Highlands atau Ipoh, Perak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini