Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad memaklumkan kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang Kilometer  77 hingga KM78 arah timur KLK telah  siap dan sudah dibuka kepada pengguna sejak 3 pagi semalam.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang ingin ke pekan Karak tidak perlu membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Karak.

Katanya, pengguna lebuh raya boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Bagaimanapun, pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu melakukan pusingan U di Plaza Tol Karak.

Namun, pengguna lebuh raya dinasihat untuk mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua, untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini