Laluan Perjalanan Vaksinasi, VTL antara Lapangan Terbang Changi dan KLIA akan bermula 29 November ini.

Persetujuan itu dicapai susulan kadar vaksinasi yang tinggi di Malaysia dan Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan memaklumkan, persetujuan itu bagi mengimbangi keperluan memulihkan ekonomi, disamping memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua negara. 

Pihaknya turut berharap perjalanan merentasi sempadan darat dapat dipulihkan dalam waktu yang terdekat. 

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut berbesar hati kedua-dua negara dapat memulakan semula perjalanan rentas sempadan tersebut. 

Kebenaran itu sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala antara negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini