Laluan Seksyen 27, Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands bakal dibuka semula sepenuhnya kepada pengguna, Jumaat ini.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun memaklumkan, laluan tersebut kini selamat digunakan.

Ia ditutup sejak 2 Disember lalu berikutan kejadian tanah runtuh. 

Kawasan bukit yang mengalami runtuhan itu juga telah direka bentuk secara bertingkat selain pembinaan longkang di tepi jalan. 

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati dan berwaspada ketika menggunakan laluan berkenaan.
 
Insiden tanah runtuh di laluan tersebut mengakibatkan dua mangsa terkorban.
 
Susulan itu, pengguna jalan raya dinasihat menggunakan laluan Tapah – Cameron Highlands yang dibuka sebagai laluan alternatif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini