Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan.

Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta berkata pemeriksaan Cawangan Pakar mendapati keadaan cerun masih belum selamat untuk dilalui kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya.

Notis penutupan disambung sehingga ke tarikh yang akan dimaklum kelak.

Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara.

Pada 2 Disember lepas, dua maut akibat tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini