Laman Rekreasi Taman Bukit Mulia menjadi tarikan terbaharu bagi penduduk di kawasan Ampang, Selangor. Projek bernilai RM500,000 itu mengubah landskap sebagai lokasi riadah dan rekreasi di kawasan perumahan berhampiran dengan kepadatan penduduk lebih 5,000 orang.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin optimis, laman tersebut mampu menjadi tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan penduduk sekitar. Laman rekreasi tersebut mempunyai satu gelanggang futsal, taman permainan kanak-kanak dan kolam ikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini