Dua tan metrik durian segar diproses menjadi isi durian dan tempoyak setiap hari, di pusat pemprosesan durian bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tangkak, Johor.
 
Langkah itu bagi mengatasi masalah lambakan durian, terutamanya di utara negeri itu, melibatkan daerah Muar, Tangkak dan Segamat.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, 121,898 tan metrik hasil durian dikeluarkan tahun lalu, dengan Tangkak sebagai pengeluar terbesar.
 
Ia melibatkan 31, 255 pengusaha dengan kawasan tanaman seluas 19,171 hektar.

Pengeluaran durian di Johor disasar meningkat kepada 141,862 metrik tan pada 2027.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini