Semua landasan terbang di pangkalan-pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengikut standard piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang diaudit secara berkala oleh Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM) dan TUDM.

Justeru jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tiada keperluan memindahkan pangkalan TUDM sedia ada walaupun berada di lokasi penduduk berkepadatan tinggi selagi menepati piawaian.

Malah semua operasi penerbangan pesawat TUDM tertakluk kepada prosedur operasi standard dan piawaian keselamatan yang amat ketat dengan tahap pematuhan tinggi sebelum sesuatu misi penerbangan dibenarkan.
 
Antaranya, Prosedur piawaian anak kapal dan Prosedur kejuruteraan berdasarkan Standard Aviation Authority dalam negara yang mematuhi piawaian ditetapkan Original Equipment Manufacturer (OEM). Beliau menjawab pertanyaan wakil Hulu Langat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini