Seorang lelaki maut terperosok di bawah bas selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor anjing di Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, Perak, pagi tadi. Kejadian pada pukul 6.30 pagi itu mengorbankan lelaki berusia 26 tahun. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumahnya.

Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa melanggar seekor anjing yang sedang melintas jalan. Mangsa tercampak di tengah jalan sebelum sebuah bas dari arah sama gagal mengelak, lalu melanggar mangsa.

Mangsa yang tersepit di bawah tayar kiri hadapan bas mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak hospital.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini