29 saman Pol 257 dikeluarkan, terhadap pemandu yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Lengkongan, Kulai, Johor, semalam.
 
Operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari, susulan aduan awam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow memaklumkan, tujuh saman turut dikeluarkan atas lain-lain kesalahan, melibatkan tiada lesen memandu, dan tidak memakai tali pinggang keledar.
 
Sebuah kereta turut disita kerana cukai jalan tamat tempoh.
 
Operasi bertujuan mendisiplinkan pengguna jalan raya bagi memastikan kesalahan tersebut dapat dibendung, selain mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya.
 
Tindakan diambil mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini