Melanggar lampu isyarat merah merupakan antara kesalahan yang sering dilakukan pengguna jalan raya sepanjang tahun lalu.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, 48,798 saman dikeluarkan di seluruh negara bagi kesalahan itu dengan penunggang motosikal menjadi penyumbang utama.

Dalam pada itu, 107, 985 saman telah dikeluarkan sepanjang tempoh Op lancar yang dilaksana tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, 190 tangkapan dilakukan dengan kesalahan memandu secara mabuk yang tertinggi dicatatkan.

Beliau berkata demikian semasa menjalankan Op Khas Ambang Tahun Baharu 2022 di Plaza Tol Sungai Besi di Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini