Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dikompaun masing-masing RM10,000.

Kompaun dikenakan susulan perlanggaran SOP Pencegahan COVID-19 semasa Pelaksanaan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-15, kerana menjalankan aktiviti kempen ziarah rumah ke rumah serta tidak memakai pelitup muka.

Menerusi kenyataan, Kementerian Kesihatan KKM telah melaksanakan siasatan terhadap video tular yang telah berlaku pelanggaran SOP semasa tempoh PRU DUN Melaka oleh kedua-dua individu tersebut pada 19 November 2021 di kawasan Masjid Tanah.

KKM akan terus memantau pematuhan SOP dan tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun kepada individu mahupun organisasi yang melanggar mana-mana SOP. Kompaun dikenakan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini