9 kompaun bernilai RM120,000 telah dikeluarkan kepada pelbagai Parti yang bertanding dalam PRU DUN Melaka ke-15 baru-baru ini kecuali Parti Bebas.

Ketua Polis Melaka , Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata , sepanjang tempoh berkempen 37 kertas siasatan telah dibuka, 19 daripadanya berkait pelanggaran SOP dibawah akta 342 dan 18 dibawah kesalahan Pilihan Raya.
 
Namun tiada insiden tidak diingini dan menggugat ketenteraman awam berlaku sepanjang tempoh tersebut. Beliau memuji kematangan yang ditunjukkan warga negeri Melaka yang disifatkan tertib dan patuh kepada undang-undang.

Tambahnya, ini bukti bahawa perlaksanaan dan penguatkuasaan SOP terutama di bawah akta 342 bukan sahaja menjamin kesihatan awam malah menyumbang kepada kemudahan proses demokrasi dilaksanakan dalam suasana norma baharu. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Polis Melaka di Bukit Beruang, Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini