Susulan tindakan kerajaan membayar hutang lama dengan pinjaman baharu berikutan situasi ekonomi negara dan penularan wabak COVID-19.

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berpandangan, pihak berkuasa kewangan harus mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani peningkatan hutang negara sebanyak RM86.562 bilion kepada RM879.560 bilion berbanding RM792.998 bilion  pada tahun 2019. Hasil kerajaan Persekutuan merosot 14.9 peratus kepadaRM 225.075 bilion pada 2020 berbanding RM264.415 bilion tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, penyata kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020. Rekod perakaunannya juga diselenggara dengan teratur dan kemas kini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini