Kerajaan telah mengambil langkah persediaan awal bagi menghadapi status negara menua menjelang 2030.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, persediaan bagi menangani isu itu telah diambil sejak tahun 1995 lagi.

Di samping Dasar warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas (PTWEN), Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas (MPPWEN) ditubuhkan bagi memantau keberkesanan program dan aktiviti berkait golongan itu.

Penduduk berumur 65 tahun dan lebih menyumbang sebanyak 6.8 peratus daripada jumlah penduduk 32.4 juta pada tahun 2020 dan dijangka akan meningkat menjelang 2030.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Penerbitan Statisik Subnasional DUN dan Penerbitan Utama Banci Malaysia 2020 peringkat Daerah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Jeli, Kelantan.

Turut hadir, Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah YaĆ­cob dan Ketua Perangkawan merangkap Pesuruhjaya Banci Malaysia 2020, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini