Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi akan dibuka kepada semua pelancong tanpa dihadkan kepada mana-mana negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu diambil susulan prosedur ketat yang akan dilaksana bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 di pulau pelancongan itu.

Tambahnya, perkembangan di Langkawi tersebut akan menjadi model untuk meneliti kelakuan pelancong dalam membantu membendung penularan COVID-19.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan dan Sumbangan kepada 15 Badan Bukan Kerajaan dan 20 Penggiat Seni di Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini