Langkawi bakal kembali menerima penerbangan antarabangsa bermula 3 Disember ini.

Ia merupakan penerbangan menerusi Gelembung Pelancongan Antarabangsa bermula 15 November lalu yang menjadikan Langkawi sebagai lokasi rintis.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, sebagai permulaan, Langkawi bakal menerima 3 kali penerbangan seminggu dari Singapura terus ke pulau itu. 

Beliau ditemui media selepas Program Hari Mahsuri di Langkawi.

LADA sebelum ini menyasarkan sehingga 5,000 pelancong antarabangsa sehingga Disember 2021 dengan janaan pendapatan sejumlah RM24.5 juta menerusi pelbagai produk tarikan.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini