Pulau Langkawi disasar menuju sifar HIV/AIDS menjelang 2030.

Ini seiring penurunan peratusan kes tahunan direkodkan Kementerian Kesihatan KKM.

Jelas Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo, pengambilan suntikan dadah penyumbang utama jangkitan HIV namun masih terkawal dengan pemberian ubat anti-retroviral (ARV) yang kini menghampiri 90 peratus.

Ke arah itu, pelbagai program dirancang secara berterusan hasil kerjasama beberapa pihak bekepentingan dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Untuk itu, komitmen dan penglibatan pelbagai pihak dalam menjayakan Projek Langkawi Getting to Zero HIV amat diperlukan.

Beliau merasmikan Sambutan Hari Aids Sedunia 2021 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Cenang, Langkawi.

Untuk rekod, sejumlah 232 kes HIV didaftarkan di Kedah sepanjang 2020 dan 19 kes daripadanya dikesan di pulau pelancongan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini