Bekas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei berpandangan pelantikan semula bekas jurulatih beregu lelaki, Rexy Mainaky untuk membantu kem badminton negara adalah satu tindakan yang tepat dilakukan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut Datuk Chong Wei, kepakaran dan pengalaman yang ada pada jurulatih dari Indonesia itu mampu meningkatkan lagi kualiti pemain negara, khusus dalam acara beregu. Bekas pemain nombor 1 dunia itu juga berkata, dengan Malaysia kini mempunyai barisan kejurulatihan yang bagus seperti Hendrawan, Chan Chong Ming mahupun Flandy Lempele, beliau yakin Rexy mampu menambahkan lagi ‘sengat’ pemain negara.

Sebelum ini, pakar beregu berusia 53 tahun tersebut dilantik sebagai timbalan pengarah kejurulatihan oleh badan induk badminton negara. Beliau diberi peranan membantu pengarah kejurulatihan, Wong Choong Hann, namun skop tugasnya lebih terarah kepada pemain beregu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini