97,780 liter diesel bernilai lebih RM200,000 dirampas di Tanah Merah dan Machang, Kelantan.

Operasi dilakukan menerusi dua serbuan itu menyaksikan lapan lelaki berusia 29 hingga 50 tahun ditahan.

Suspek yang ditahan menggunakan modus operandi dengan membeli minyak bersubsidi menggunakan lori biasa yang tangkinya diubah suai untukmengaburi pihak berkuasa sebelum dipindahkan ke tangki statik di kilang utama.

Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini