Lapan dulang barang kemas dilarikan empat penjenayah dalam kejadian samun sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Jalan Tun Abdul Aziz, Kajang, malam tadi Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.43 malam. Suspek bersenjatakan dua objek menyerupai pistol dan melarikan tiga dulang penuh barang kemas dan lima dulang mengandungi sebahagian barang kemas. Tiada tembakan dilepaskan. Anggaran kerugian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini